Monday, 16 January 2012

bagaimana mahu menguruskan wang dengan betul?


Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan buat para teman yang mengunjungi blog saya.:)
Malam semalam saya telah keluar untuk pergi minum bersama teman-teman saya di sebuah restoran di sekitar ibu kota.Sedang asyik kami berbual tiba-tiba ada seorang teman saya tu bertanya kepada saya tentang bagaimana mahu menguruskan wang dengan betul agar wang yang kita dapat dari hasil gaji tidak disia-siakan begitu sahaja malahan kalau boleh mampu untuk dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin agar mampu membantu dimasa akan datang.

Apabila ditanya tentang perkara ini,pening jugak untuk saya menjawabnya al-maklum la saya ni bukanya seorang pakar motivasi tentang kewangan malahan saya juga tidak pernah mengambil apa-apa kursus tentang kewangan.Akan tetapi disebabkan teman saya itu benar-benar mahu tahu bagaimana saya menguruskan kewangan saya.Maka,terpaksalah jugak saya memberikan sedikit tips-tips kewangan yang saya praktikkan didalam hidup saya sejak dahulu lagi.Mudahan-mudahan dapat membantunya dalam menguruskan kewangan dengan sebaik mungkin.

Dibawah ini saya ingin kongsikan juga tips-tips tersebut bersama para pengunjung blog saya ini.Diharap tips-tips ini akan dapat membantu anda yang memrlukan tips-tips tambahan dalam menguruskan wang

TIPS-TIPS MENGURUSKAN WANG



  1. Setiap kali anda mendapat gaji pastikan anda menyimpan sekitar 20% ataupun lebih dari gaji yang anda dapat setiap bulan
  2. asingkan 1/2 dari jumlah 20% wang anda yang anda simpan didalam satu akaun  lain bagi kegunaan kecemasan(perubatan)
  3. Apabila anda mendapat gaji setiap bulan asing dahulu wang bagi keperluan anda seperti :-Belanja dapur,bil ultiliti,tambang ke tempat kerja ataupun duit minyak dan lain2nya
  4. rancang perbelanjaan bagi aktiviti sosial anda(shoping,berkhelah,jalan-jalan).Ini bertujuan agar anda dapat mengimbangi perbelanjaan bagi aktiviti sosial dengan perbelanjaan keperluan.
  5. Jika 1/2 dari dari 20% wang yang anda simpan tadi disimpan kedalam akaun untuk kecemasan.Cuba anda simpan yang lagi 1/2 tadi kedalam simpanan yang berbentuk pelaburan seperti AMANAH SAHAM BUMIPUTRA(ASB),AMANAH SAHAM NASIONAL(ASN),AMANAH SAHAM MALAYSIA(ASM) ataupun yang sewaktunya denganya.Ini kerana jika anda kekal menyimpan anda  akan mendapat pulangan dividen pada setiap tahun.Dengan ini secara tidak langsung anda wang anda telah bekerja untuk anda untuk menambah wang anda:)
Saya rasa itu sahaja tips ringkas dari saya.Diharap tips ini berguna untuk anda :)
Bye.... :)

Sunday, 15 January 2012

9 Persiapan Awal Mengadakan Majlis Perkahwinan


Anda runsing dan tak tahu bagaimana untuk melakukan persiapan perkahwinan?Jangan risau ok?Ini kerana dibawah ini saya telah terbaca tentang artikel tips2 persiapan awal mengadakan majlis perkahwinan dari

Di bawah ini saya kongsikan tips tersebut bersama anda.Diharapkan dengan tips ini akan dapat membantu meringankan kekusutan anda didalam mengadakan majlis perkahwinan anda.



9 Persiapan Awal Mengadakan Majlis Perkahwinan



Memandangkan agak banyak kad jemputan kahwin yang mula diterima, rasanya baik saya tonjolkan topik berkaitan perkahwinan pula. Kali ini saya akan sentuh mengenai persiapan awal bagi menjayakan sesuatu majlis perkahwinan. Kepada anda yang bakal disatukan tu, 9 perkara di bawah nanti mungkin dapat membantu. :)


Persiapan awal yang dimaksudkan adalah;


1. Buat persiapan perkahwinan anda mengikut perancangan yang dipersetujui kedua belah pihak. Terutamanya berapa peruntukkan belanja keseluruhan termasuklah jumlah tetamu, barang hantaran, menu hidangan, upah jurugambar dan lain-lain.


2. Mula-mula, hantarkan dahulu kad jemputan kepada tetamu kehormat atau orang kenamaan (jika ada) dan saudara mara yang tinggal berjauhan.


3. Bagi saudara mara yang datang dari jauh, seelok-eloknya anda sediakan juga tempat penginapan untuk mereka.


4. Jika anda nak jimat, pilih saja rekabentuk kad jemputan kahwin yang harganya berpatutan. Tak perlu yang mahal sangat.

Apa yang lebih penting adalah kerjasama ia menarik dan mudah dibaca serta mempunyai peta yang lengkap.


5. Pastikan anda menghias bilik tidur pengantin sebaik mungkin. Ini pasti akan menceriakan suasana malam pengantin baru anda berdua.

Terpulanglah kepada konsep kegemaran anda berdua. Sama ada ringkas, ala Inggeris atau moden kontemporari, pastikan ia tak terlebih dari peruntukkan asal.


6. Mengenai soal makanan pula, ada baiknya anda tempah melebihi jumlah jemputan. Biar lebih. Jangan sampai ada jemputan yang tak dapat menjamu selera pulak.


7. Soal pakaian pengantin, anda tentukan di mana ingin menempah atau menyewanya. Pertimbangkan juga jenis fabrik, warna dan aksesori tambahan.

Pastikan rekaannya sesuai dengan bentuk tubuh anda dan selesa dipakai. Pemilihan warna pula harus sesuai dengan warna kulit anda berdua.


8. Berbincanglah tentang siapa yang bertanggungjawab untuk menyimpan cincin kahwin (gambar - Impian Pengantin) anda sementara menanti hari kemuncak.

Anda harus saling mempercayai dalam hal ini. Pastikan orang yang dipertanggungjawabkan (anda atau pasangan) tu memang boleh diharap.

Pastikan ia selamat dan disimpan rapi. Paling penting, jangan sampai terlupa atau tertinggal semasa hari bersejarah anda tu.



9. Sebagai alternatif kepada pasangan yang sentiasa sibuk, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak tertentu. Contohnya macam 'wedding planner'.

Telitilah pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak tersebut. Kalau perlu, buat sedikit research untuk mendapatkan perunding perkahwinan yang terbaik dan berpatutan.

Dengan cara ini, anda sebenarnya dapat jimat masa dan tenaga, tak gitu?

Kalau anda bijak mencari dan pandai tawar-menawar, pasti akan dapat memenuhi keperluan tersebut pada harga yang lebih murah tapi puas hati.





Selamat Pengantin Baru!

Siapakah ketua lanun(barbossa) yang dimaksudkan didalam filem PIRATE OF CARREBEAN.



Semasa saya sedang sibuk mencari artikel-artikel menarik untuk dimuatkan dan dikongsi bersama.saya telah melawat ke laman blog http://aku-macjay.blogspot.com disini saya terjumpa dengan sebuah artikel yang pada pandangan saya sangat menarik untuk dikongsikan bersama para teman sekalian.Terutama kepada mereka-mereka yang mencintai sejarah peradaban dan ketamadunan islam.

Apabila saya membaca artikel ini,saya merasa sangat terkejut dan teruja apabila watak panglima perang islam yang hebat iaitu Hayreddin Barbarossa turut diadaptasi kedalam filem "Pirates Of Caribbean".

Dibawah ini saya telah meng"copy and paste"artikel tersebut dari laman blog http://aku-macjay.blogspot.com ke dalam blog saya.

Dalam artikel Captain Jack Sparrow Lanun Melayu? yang lalu, saya pernah menyentuh berkenaan inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) yang mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah,  iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan  dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.
Admiral General Hayreddin Barbarossa Pasha
Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu. 

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitudengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Raja Ferdinand II Aragon
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium. 
Reconquista

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa  berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telahmembuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tenteraKristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarangoleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.
Watak Captain Barbossa dalam Pirates of the Caribbean
Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya. 

Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malahpernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518,Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam, pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur.
Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers
Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnya Hayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulahUthmaniah Turki, mereka pun bersetuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddinmempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.
Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Barbarossa
Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki,yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, sang adik dari Aruj. Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telahmenembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dansetelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.
Hayreddin Barbarossa ketika mengadap
Sultan Sulaiman I sambil membawa hadiah
Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa“Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.
Bendera kapal perang angkatan laut
Hayreddin Barbarossa
Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke  atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkatbeliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.

Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25 000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya telah 
berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.


Pada t
ahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnya adalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih.

Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutansehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka.Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategipeperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit.
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V
pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538)
Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nicedengan memimpin 30 000 orang tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice,Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantukepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.

Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya telah menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan - “Gazavati Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha  meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul  yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.
Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas
Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.

Inilah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia.



petua tercekik tulang ikan(petua orang tua dulu-dulu)

Pernahkah anda tercekik tulang ikan yang halus?tahukah anda betapa sakitnya jika perkara ini terjadi terhadap diri?saya pernah merasai perkara ini terjadi keatas diri saya.Perkara ini terjadi sewaktu saya keluar makan bersama tunang saya di kawasan KG BARU,KUALA LUMPUR.Ketika itu saya begitu gelojoh menikmati makan nasi putih bersama terubok goreng.(Perghh sedap...)tiba2 sedang dok asyik mengunyah dengan lajunya tiba2 saya terasa tekak saya terasa sakit dan pedih untuk menelan makanan.pada ketika itu saya tersedar yang saya telah tercekik tulang ikan.nasib baik yang jenis halus.kalau tidak naya oooohhhh...Tunang saya yang menyedari akan perkara ini menyuruh saya memusing pinggan nasi saya mengikut arah jam.Begini katanya "abang pusingkan pinggan nasi abang tu...petua orang tua-tua kata klu kita tercekik tulang ikan yang halus kita pusingkan pinggan kita,insyaallah tulang tersekat tu akan ilang"saya yang dalam percaya tak percaya cubelah memusingkan pinggan nasi saya..alhamdullillah menjadi..sejak dari hari itu apabila saya ternampak perkara yang sama terjadi kepada ahli keluarga atau kawan2,saya akan menyuruh mereka buat benda yang sama.. :)

P/s : walaupun petua orang dulu-dulu nampak pelik tapi selalunya ok.. :) 

Teka-teki untuk ilangkan mengantuk:)


1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki?

2. KALO UNDERTAKER NAIK MOTOR,THE ROCK NAIK APA?

3. ulat gonggok ader 100 kaki, tiap kali die belok kaki die tinggal 99.. Knape eh..??

4. Ade 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kene 2 ekor. Beraper burung yg tinggal ?

5. Kenapa superman pakai baju ketat

6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Ape tu..??

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?

9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

11. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa?

14. Kalau kat tangan, jam tangan,.. kalau kat dinding, jam dinding.. kalau kat dahi, jam apa?

15. Beza Burung dgn Unta

16. Potong panjang, tak potong pun panjang?

18. Nampak dibawah cari di atas?

19. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

20. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

Jawapan:
(burung kena pijak)
(NAIK KENING)
(1 kaki beri signal belok)
(10 burung, die tembak ekor aje, tak tembak burung)
( sebab baju dia sais "S" )

(masuk benang dlm jarum)
(bas sekolah)
(milo ais)
( kalau die angkat sume kaki, die jatuh lerr)
(motor sebab motor pakai tongkat)

(Org panjat pokok kelapa)
(Ikan betina – ikan duyong, Ikan jantan- ikan bakar.. mane ade pompuan name bakar)
( buang tebiat)
( jambul)
(Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)

(kacang panjang)
( bumbung bocor)
( lampu stadium dibukak bile start game.. lampu bilik ditutup bile start 'game')
(semut mata bengkak)

21. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

22. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang

23. Badan bertemu badan cucuk batang keluar air .

24. Tutup pintu tutup lampu bukak kain main.

25. Masuk tegang keluar lembik.

26. Bile dia masuk tegak, bila dia keluar dia bengkok.

27. Huruf jawi apa paling tinggi..

28. Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia?

29. Ada satu jln, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis?

30. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil..

31. Banyak² pokok, pokok apa plg tinggi?

32. Banyak² siput, siput apa org bela?

33. Banyak² siput, siput apa yg pandai berlakon?

34. Gosok² tegak?

35. Dilihat keras di pegang cair?

36. Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat?

37. Banyak² rumah, rumah apa tiang dia kat atas?

38. Org ape yg terlicin kat dunia

39. Mlm hidup, siang mati

40. Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala?

41. Banyak² angota ayam, apa plg sedap?

42. Binatang apa yang bertelur & beranak

43. Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih?

44. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang?

45. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa?

JAWAPAN:

( kambing binATANG)
(huruf Q)
( Mesin Tebu)
( Panggung Wayang)
( Stokin)

( Jari kelingking korek hidung)
( huruf wau )
(Kelapa laut Afrika)
(ubat nyamuk)
(pampers)

(pokok kat gunung everest)
(siput rambut)
(siput sarawak)
(strerika)
(airbatu)

( duit sepuluh sen, bila masuk dalam air tenggelam)
(kubur)
(org minyak)
(ikan, bile kene siang die mati lerr)
(kutu)

(bulu ayam tuk telinga gatal)
(siput babi, siput bertelur, babi beranak)
(kueh teow)
( kereta sorong)
( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)


46. Sebelum masuk kering, dah masuk basah?

47. Mana lebih tinggi ayam ker kura²?

48. Banyak² jaring, jaring apa yang kalau wat tangkap ikan tak akan dapat?

49. Dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau & kacang merah, cam mana nak asingkan kacang itu dgn tutup mata?

50. Ada kat rumah, tak ada kat bilik ada kat dalam air?

51. Banyak² jam, jam apa plg murah?

52. Mata banyak, mulut satu, mata & mulut kat kaki?

53. Tekan putih, keluar hitam?

54. Anak raja mana yang jalan bawah tanah?

55. Bersih dia hitam, kotor dia putih?

56. Kenderaan apa yang pemandu ramai, penumpang satu?

57. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam,

58. Kalau kita tikam org sampai mati, selain kuar darah, kuar apa?

59. Banyak² van, van apa yang tak leh jalan?

60. Kenapa bila kita berak dlm air, taik tu tengelam timbul?

JAWAPAN:

(uncang teh)
(kura² sebab kurakura 4 kaki)
(www.jaring.com.my )
( asingkan jer lah coz cuma ada 2 kacang)
(huruf "a")

(jamban)
(kasut)
(door bell rumah org india)
(Putra LRT)
( Papan hitam)

(kereta jenazah)
(telur tembelang)
( kuar paper)
(van rosak)
( taik tak tahu berenang)

61. Banyak² buah, buah apa yang banyak mata?

62. Kecil hitam, besar putih?

63. Antara penyu dan telur mana boleh makan?

64. Burung yang tak bela anak dia

65. Bila sejuk dia cair, panas beku?

66. Banyak² baju, baju apa plg malas?

67. Banyak² kuih, kuih apa plg jauh sekali?

68. Kenderaan apa yang plg banyak tayar kat dunia nie?

69. Buang isi, ambil kulit?

70. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok?

71. Pegang boleh, ambil tak boleh?

72. Payung yang tak leh digunakan waktu hujan?

73. Bulan yang boelh di capai?

74. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati?

75. Banyak² bola, bola apa yang gol dia kat mulut

76. Dlm satu tahun ada berapa bulan?

77. Banyak² tepung, tepung apa yang tak warna putih?

78. Burung apa yang ada satu jantina jer

JAWAPAN:

(nanas)
(micheal jackson)
( penyu, penyu ade mulut utk makan)
( burung belatuk, die tak bela anak die bela atuk)
( telur ayam )
( baju tidur)

(kuih bulan)
( kapal kargo bawak tayar)
( tong sampah)
( nanas)
( bayang² )
( paku payung)

( bulan kat kubah masjid)
( bunga api)
( bebola ikan)
( 1 aje la,bulan kan 1 aje.. )
( tepung gomak)
( burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua)


79. Benda apa yang warna dia sama dgn nama dia?

80. Binatang berkaki 8, berkepak, bertelur 2, berbahasa mamak?

81. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadik nama org?

82. Ada pertandingan lumba lari antara manusia ngan katak, tapi yang pelik nyer katak leh menang kenapa?

83. Banyak² ular, ular apa plg masam?

84. Apa beza seluar panjang dan kacang panjang?

85. Dlm dunia nie buah apa plg manusia suka tapi tak leh dimakan?

86. Askar putih dalam gua?

87. Ia tak makan, tapi makin lama makin panjang?

88. Lagi tengok, lagi tinggi?

89. Dlm diri kita, apa plg manis?

90. Bahagian badan apa yg boleh dicuri?

91. Banyak² hantu, hantu apa yang tak der gigi?

92. Banyak² unta, unta apa yang ada kat kutub utara?

93. Banyak² kaki, kaki apa yang tak boleh tendang?

94. Sentiasa masuk tapi sentiasa kat luar?

95. Makin potong, makin tinggi?

96. banyak kaki tiada tengkuk, tiada kepala tiada ekor

97. Mouse computer tu laki ke pompuan??

98. Siang menguncup, malam mengembang?

( cokelat)
( mamak naik kuda bawak ayam)
( Itali)
( manusia tu atlit paraolimpik)
(ular sawa - sour)

( seluar panjang kalau di potong jadik seluar pendek, kacang panjang kalau di potong still kacang panjang)
( buah hati)
( gigi)
( rambut)

( kening)
(jari)
(tulang)
( burung hantu)
( unta sesat)

( kaki kudung)
( butang baju)
( seluar panjang)
( ketam)
( pompuan lerr sebab dia pakai pad)
( kelambu)

99. Ada sekor bapak babi, sebelum lintas jembatan, dia kira anak dia ada 10 ekor, tapi bila lintas jembatan dia kira anak dia ada 8 ekor, mana 2 ekor lagi.

100. Kalau kat tangan, org panggil jam tangan kalau kat dinding, org panggil jam dinding kalau kat dahi lak, org panggil apa?

101. Ada misai bukannya kucing, ada poket bukannya kanggaroo, binatang apakah itu?

102. Dari berjuta-juta spises ikan,ikan ape yang paling mahal -berharga? ( babi mana pandai mengira)
( jambul)
( doreamon) (ikan emas) (orang gila) (Ikan yu.) (bomba) (sebab anjing tak pandai ludah air liur) (bomba) (sebab budak tuh cakap "kak kain kak tebu kak".(kak kain kak terbuka)

103. Orang ape yg sewel?

104. Dalam banyak² 'U','U' mana yg. tak kira keputusan?

105. Banyak banyak bom,bom apa yang berwarna merah????

106. Kenapa apabila anjing berlari, air liurnya meleleh??

107. Dalam banyak² bom, bom aper yang tak leh meletup?

108. Ade sorang budak,mak dia suruh beli kain dan tebu pastu,bila dia sampai je kat kedai,dia tanya kakak tuh. tentiba je kakak tu malu. Apasal kakak tuh malu agaknye??

109. Sebanyak-banyak burung .burung apa yg tidak pandai terbang(burung patah sayap)

110. Pada satu hari ada seorang pencuri telah mencuri sebuah rumah semua nya sudah dia sapu.....tetapi ada yg tertinggal....apakah ia? (tinggal habuk)

111. Sorang lanun karam di lautan.ditemui mayatnya 100 tahun kemudian. setelah di buat bedah siasat,doktor pun menjadi hairan. kerana masih ada bahagian yang tidak kebasahan..apakah itu? (tulang kering)

112. Dalam banyak² batu, batu manakah yang paling sejuk?( Stone Clold)

113. Dlm banyak² batu, batu manakah yang paling kuat? (The Rock)

114. Kereta mewah dia yang punya, duit ada,isteri tak disara, kalau anda bijak orangnya, kotak apa keluar suara? (Speaker)

115. Dalam byk byk MI!..MI apa yang dalam TIN?!?!? (Milo)

116. Binatang ape yg paling kurang ajar? (kutu coz die pijak2 kepala org)

117. Kenaperlerrr telinga gajah besar..? heheh naper? (sebab kalu gajah tu malu atau nangis ker boler ler die tutup muka die ngan telinga die yg besar tu..)

118. Tiap tahun berganti baru, apa benda yang tak baru-baru? ( KUIH bATANG BURUK)

119. Kenapa kedai 7-eleven perlukan kunci sedangkan ia buka 24 jam sehari, 356 hari setahun?? (Dah tokey dia suruh... nak buat camno)

120. Ada 10 budak hitam main tepi sungai 1 dah jatuh...pas tu apa yg jadi (yang lain selamatkan dialah)

121. 2 tolak 1, jadi?? (jatuhlah satu tu )

122. Satu hari abang nampak satu benda:-yang panjang, besar dan tegap..-yang masuk satu lorong gelap -dengan goncangannya dan bunyian yang ganjil..-setelah sampai, dengan perlahan, ia berhenti -dan keluarlah isinya bertaburan... (keretapi bawah tanah)

123. What's the diference between Gajah and Kain Pelikat Cap Gajah? ( Gajah belalinya kat luar. Gajah kain pelikat belalainya kat dalam kain)

124. And what's the difference between having a new wife and having a new car? (When having a new car, you avoid a hole. When having a new wife, you aim for the hole.)

125. And what's the diffrence between pucuk betik -papaya and a lady? ( Pucuk betik melembutkan daging. Lady mengeraskan daging.)

126. And what's the difference between when you want to pump a tyre and when you want to pump a lady? ( When pump tyre, you pump dulu baru naik. When pump a lady, you naik dulu baru pump)

127. And what's the difference between kapal terbang and skirt ? (Kapal terbang makin tinggi makin tak nampak. Skirt makin naik makin nampak)

128. Binatanag apa lak paling miskin and binatang apa yg paling kaya (miskin ayam, kaya beruang)

129. Beza anak dara dengan hutan dara? (hutan - susah nak tarik balak kuar coz lum ada laluan, anak - susak nak masukkan balak coz lum ada lalaun)

130. Kenapa org gali kubur tak pakai spender ( ape kes nak pakai spender, pakai cangkul lerr)

131. Banyak2 mee, mee apa yang tak boleh di makan? (misai)

132. Banyak2 pintu, pintu apa yang tak boleh di tutup? ( pintu Gol)

133. Permainan apa yang bila dimain kita akan tabit? (golf la.)

134. Dalam banyak-banyak warna, warna apa yang kurang sekali penglihatannya? (Warna gelap le dalam gelap kan susah nak nampak )

135. ADA SATU BARANG . BARANG NI BILA NAK DI GUNAKAN , KITA AKAN BUANG IA DAN BILA TIDAK HENDAK DIGUNAKAN KITA AKAN SIMPAN IA. (SAUH)

136. Satu perlawanan bola sepak antara lipan menentang lipas.pada masa pertama, lipan tewas tanpa perlawanan. kenapa.? jawab! jangan tak jawab!!! ( lipan tak habis pakai kasut pada masa pertama.)

137. Ada 3 ekor cicak, dua jahat satu lagi baik. yg jahat nie suke sangat lah gaduh. satu hari tuh yg jahat dua ekor gaduh. gaduh punyer gaduh, diorang pun jatuh. skali tuh tetiba cicak yg baik tuh jatuh gak. apsal? (sebab dia tepuk tangan!!!)

138. Ape benda yang kita makan kita sedut? ( Siput sedut)

139. Bolehkah anda matikan rokok dengan mata ????? (boleh mula² nyalakan rokok & lihatnya selama dua jam..mesti boleh padam)

140. Bunga ape warna hitam? (bunga tayar)

141. Dari kenaikan, sampai keturunan.tiada kedudukan? apa dia??? (naik bas penuh)

142. Makhluk apakah yang berkaki empat pada waktu pagi, berkaki dua pada waktu tengahari dan berkaki tiga pada waktu senja?( Manusia. Bayi berkaki 4 (merangkak), orang dewasa berkaki 2 (berjln) dan orang tua berkaki 3 (bertongkat)..

143. Apakah hukum menyembelih ayam pakai songkok? (Haram. Pasal kena pakai benda yang tajam sahaja)

144. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia (Tauge.)

145. Bulat bukan piring, bersilau bukan lampu, nipis tapi keras (CD -Compact Disk, permukaan CD bulat dan bersilau.)

146. Mandi tak basah, makan tak kenyang, mengapa dan kenapa? (sebab mandi pakai baju hujan, dan makan junk food)

147. Buku apa letaknya di kaki? (buku lali)

148. Ada Bumbung tidak bertiang ada kaki tidak berjari. ( Langit)

149. Diikat dia berjalan.. dilepas dia diam.. penuh kaki didalam badan.(Kasut)

150. Apa yang turun tidak akan naik lagi?(Hujan.)

151. Diluar neraka, didalam syurga? (Durian)

152. Ikan apakah yang paling tua? (Ikan sembilang atau ikan keli. Pasal dah berjanggut.)

153. Apa dia yang kelihatan betul-betul serupa dengan lutut kanan seorang manusia? (Lutut kiri manusia lah, sama sahaja kan)

154. Tekan kanan tekan kiri, bila tekan hiduplah dia, bergerak-gerak kesana-kesini, mati dan hidupnya ditangan manusia. (Tetikus)

155. Bermata tidak pandai melihat, bercakap tidak ada bunyi. ( Pen.)

156. Pak Malau memetik buah petai, dibawa pergi makan kenduri, jika anda orang yang pandai, apa binatang tidur berdiri? ( Kuda, termasuk zebra)

157. Rodanya dua, kakinya lapan (Kereta Lembu)

158. Kalau polis jadi petani, menteri jadi petani, akauntan jadi petani, doktor jadi petani, lawyer jadi petani, abis tu petani jadi apa? (Petani jadik ramai )

159. Dalam banyak2 binatang ciptaan Allah dlm dunia, binatang yg mana satukah serupa/sebijik macam gajah?.. (anak gajah)

160. Macamana nak cakap "saya naik motosikal" dlm bahasa jepun? ( Suzuki ku naiki)

161. Ada sebuah bas yang sarat dengan penumpangnya dalam perjalanan ke stesen bas. Apabila sampai di stesen, apa yang turun dulu? (SpeedoMeter bus la yg turun)

162. Dalam banyak – banyak ubat, ubat apa yang di cipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh!?(Ubat nyamuk)

163. Kecik dekat China, Besar dekat Arab, Ade pade ayam, Takde pade itik.. Ape nye..?? (HURUF A )

164. Makan menyelam,tidur bergantung. (gayung )

165. Bulan bintang siapa bapa si bulan ( tang.. Bulan Bin Tang )

166. Jika anda menunggang motorsikal dengan tiba tiba adalah 2 ekor binatang iaitu ular dan biawak maka yang mana satukah perlu anda jireK @ pijak ( BEREK MOTOR LAH )

167. ayam berkokok.. harimau..?? ( siang.. Hari mau siang )

168. Hussein Abu Bakar yang sedang menunggang motosikal kena tahan oleh polis traffik dalam satu pemeriksaan polis di bandar.. Tapi dia mematuhi peraturan iaitu mempunyai lesen memandu motosikal,memakai topi keselamatan dan motosikalnya dalam keadaan baik.. So asal polis tu tahan??? (Kerana motosikal itu ditunggang oleh tiga orang iaitu hussein,abu dan bakar.)

169. Apakah yang boleh naik tetapi tidak boleh turun? ( Umur )

170. Pada suatu hari ada seekor burung. Ia terbang di atas sebuah kapal terbang, tetapi ia tiba-tiba jatuh di atas kapal itu,mengapa? ( Kerana ia tidak tahan dgn bunyi kapal terbang lalu menutup telinganya dengan sayap)

171. Selak kain,nampak bulu (jagung)

172. Ade orang melayu tengok orang cina makan dengan chopstik,selepas tu dia tengok orang India makan dengan apa? ( Dgn Mata lerr, tgk pakai mate ape..)

173. Air Apakah Yang Paling Berani Dalam Dunia Ini? ( Air Terjun )

174. Ia bersembunyi di belakang katil.. Hanya keluar di tengah malam.. Tetapi AWAS ia akan muncul di depan lilin.. ( Huruf L )

175. Buah atau benda apa yang tidak bernyawa jika dilangkah mati? ( buah catur/dam )

176. Ada seorang budak berjalan ditepi pantai,bila dia pusing belakang nak tengok tapak kaki, tapi tapak kaki tu takde.. knape..?? ( sebab dia jln berundur )

177. Banyak-banyak sampah. sampah apa yang tidak berbau busuk.??? (sampah masyarakat )

178. Kenapa orang perempuan takleh berjalan kaki di padang pasir? (sebab takut susunya bertukar menjadi keju )

179. Antara ayam dengan telur yang mana dahulu? ('antara' yg dulu, 1st word mah.. ;p )

180. Abu,Bakar,Muthu,Samy. mereka ini kawan baik. Suatu hari, Abu dituduh jahat, dia ditangkap dan didapati bersalah. Kenapa..? ( Abu bakar motor samy)

181. Mengapakah tukang masak dianggap kejam. (pukul telur dan tumbuk cili)

182 Ade sebuah hutantinggal la seorang manusia bername tarzan..die berkawan baik ngan monyet..satu hari ..tarzan pergi la man di kat sungai.lepas die mandi,die bangun je monyet ketawa kat die.. kenape monyet tu ketawe kat die??? (sebab monyet tu pelik laa ekor die kat belakang tapi ekor tarzan kat depan)

183. Kutu apa yang haram disentuh? ( Kutu Babi )

184. Ada sebuah kapal selam. di dalamnya terdapat ramai penumpang dan salah seorangnya wanita sarat mengandung. apabila kapal tersebut hendak berlayar, tiba-tiba kapal tadi tenggelam.KENAPA IA TENGGELAM? ( kerana kapal itu kapal selam dan ia memang tenggelam)

185. Byk2 ikan, ikan apa yg ada bulu ketiak? ( ikan duyung)

186. Dalam sebulan ada berapa hari? (ada 7 hari ler, mana ada hari lain dah )

187. Dalam satu perlawanan,Tak kiralah apa jenis perlawanan,Dikalangan binatang-binatang, Siapa yang layak jadi pengadil? (Kuda belang.. sebab warna baju pengadil sama dengan warna kulit kuda belang)

188 Binatang apa hidup dalam tiga alam? (Kuda,dalam laut,kuda laut ,di darat kuda,di udara terbang,unikorn.)

189. Jam apa paling panjang? ( jambatan )

190. Kalau semua binatang dalam dunia nih jadik harimau. Harimau akan jadik ? ( Banyak )

191. Banyak-banyak binatang kat dalam dunia ni binatang apa yang paling gagah? ( cicak sebab sentiasa tahan siling rumah )

192. Dahulu,ada sepasang suami isteri di sebuah hutan.Si isteri yang berbadan dua teringin sangat makan daging kambing hitam.Maka,si suami pun pergilah mencari kambing tersebut.Malangnya,kambing tersebut tidak dapat dicari. Sekembalinya si suami,isterinya sudah selamat bersalin.Dia kesal.Lalu dinamakanlah anaknya itu Hafiz,mengapa??? ( Kerana anaknya itu adalah bayi lelaki!!! )

193. Binatang apa yang paling kaya? (Beruang sebab dia banyak wang.)

194. Kenapa durian tak gugur pada waktu siang,sebaliknya pada malam?jawab semua!!!! (sebabnya kalau durian gugur pada siang dia tahu tinggi ke rendah dia ,so kalau malam dia takkan nampaklah,so dia gugur ke bumi)

195. Dalam sehari, berapa kali kita tengok tikar sembahyang ( tikar mana pernah semayang..keh..keh )

196. Ada sekumpulan gajah hendak menyeberangi melalui titi.ketua gajah menyeberangi nya dulu.apabila sampai di tengah titi.titi itu roboh dan kaki ketua gajah iti patah.gajah2 yang lain patah apa? (patah balik la )

197. Sedang kita berjalan-jalan membeli juadah untuk berbuka. Tiba-tiba semua orang terkejut dan berpaling ke belakang bila terdengar bunyi hon kereta. Kenapa? ( Belakang kepala mana ada mata, sebab tu kena berpaling untuk melihat. Kalau dah ada mata.kan senang)

198. Knape pokok besar slalu nye diterbang.. ( sebab pokok mane leh cabut, giler kape.. )

199. Seorang lelaki dijumpai mati tergantung di tengah-tengah sebuah bilik kosong.. Di bawah lelaki tersebut ada sedikit air..takde kerusi, takde apa2 di bawahnya. Tapi polis dapati dia membunuh diri bukan orang bunuh dia.. Jadi apa bukti dia bunuh diri? (dia berdiri atas seketula ais besarlepas tu dah cair)

200. Satu binatang yang digelar penyanyi ? (Binatang=Singa - singer)

201. Ader seekor burung dia nie tak pandai berenang, nak dijadikan cerita dia jatuh dari pokok lalau terjunam kat dalam sungai so, aper yang terjadi? ( Dia terbang ler takkan dia nak mati free tul tak? )

202. Binatang apa yang berkaki 7? (laba-laba yang patah kaki satu)

203. Seekor kucing dikejar oleh seekor anjing. Tiba-tiba kucing itu hilang entah kemana. Kat mana agaknye kucing tu pegi? (Kat Sarawak le )

204. Antara katak bawah tempurung dengan katak bawah kotak, mane satu lebih cerdik. ( dua-dua same cerdik, pasal dua-dua katak)

205. Banyak-banyak mata , Mata apa yang paling Besar? (Matahari)

206. Kenapa kalau orang naik teksi, diorang tak bayar duit dulu?bila sampai kat tempat yang diorang tuju baru diorang bayar duit. ( sebab duit - zaman dulu dah tak laku )

207. Orang Melayu makan pakai tangan,Orang Cina makan pakai chopstik .Orang India makan pakai ape.????? (Pakai Mulut ler )

208. Kita bangun dia tidur,kita tidur dia bangun,apa itu ??? (Tapak kaki la )

209. Seorang pemburu handalpergi berburu dengan menaiki sampan si sebatang sungai.Tiba disatu selekoh,seekor buaya yang sedang mengandung muncul dengan tiba-tiba.Dengan pantas si pemburu tadi menembak buaya itu Siapa yang mati dulu,buaya atau anak dalam kandungannya? (Buaya tak mengandung- bertelur)

210. Dalam banyak-banyak kapal kapal apa yang boleh bercakap??? (Karpal Singh )

211. Dalam banyak huruf ,huruf apa boleh dikahwinkan? (huruf I & U)

212. Negara yang lapar? (negara Hungary)

213. Ikan yang sentiasa sakit? (ikan kembung)

214. Pulau yang paling ringan? (Pulau Kapas)

215. Bunga yang boleh dimakan? (bunga telur)

216. Burung apa yang orang paling takut? (Burung Hantu)

217. Ada lima orang pakai satu payung tetapi mereka tidak basah. Mengapa? (Sebab tidak hujan)

218. cam mana nak tahu sebatang pokok tuh ....yang mana depan yang mana bakang .... (kalu kiter menghadap dier..depan lah dan kalu kiter membelakang dier...belakang lah...tul kan.)

219. Keretapi berlanggar dengan seekor gajah. Keretapi habis remuk tetapi gajah tidak sedikit pun cedera. Siapa yang kuat? (Orang yang berceritalah yang kuat. Kuat berbohong)

220. Apa kelebihan lelaki & perempuan? (laki bawak telo tak pecah, pompuan bawak susu tak tumpah bodo)

221. Sekotak kayu berisi pasir berukuran 30cm x 15cm x 17cm. berapakah lagi isipadu pasir yang boleh diisi dalam kotak tersebut? (Dah penuh dah... mana boleh isi lagi.)

222. mengapa semasa melintas jalan, lembu tidak perlu melihat ke kiri dan ke kanan?
(sebab mata lembu sudah berada di tepi.....buat apa dia perlu susah-susahkan diri tengok kiri kanan)

223. Penyanyi kalo diorg menyanyi, mesti diorg akan tutuop telinga utk nyanyi high pitch.. Knape eh..??? ( sebab kalo diorg tutup mulut, mcm mane nak menyanyi.. )

224. HUruf Ape yg Bole terbang..?? (HUruf B -Bee )

225. Huruf ape yg bole diminum..?? (HUruf T - Tea)

by teka-teki database
http://www.facebook.com/notes/teka-teki-database/4-teka-teki-dan-jawapan/105648586138964

Hitler Mati Di Argentina?


menarik gak petikan artikel dibawah nie..aku dapat petikan artikel ni dari Aku-Macjay Blogspot.. 

Hitler Mati Di Argentina?

by Aku-Macjay Blogspot on Tuesday, January 3, 2012 at 1:08pm


MACAM-MACAM ADA. Itulah hakikatnya. Pelbagai fakta timbul berkenaan kematian Adolf Hitler. Ada yang kata dia bunuh diri di Berlin. Ada yang kata dia mati di Indonesia sebagai Muslim. Dan yang terbaru, ada sebuah buku mendakwa Hitler meninggal dunia di Argentina. Entah yang mana satu betul dan yang mana satu digunakan hanya untuk kepentingan golongan tertentu. Gambar diatas merujuk kepada dakwaan bahawa The Fuhrer pernah menetap di kediamana di Argentina.

Kalau anda malas fikir pasal sejarah ini jangan baca tulisan seterusnya ini. Mungkin akan menambah serabut kepala saja. Tetapi adalah disyorkan untuk mengkaji, kemudian anda nilai lah sendiri.

Pemimpin NAZI iaitu Adolf Hitler tidak membunuh diri di Berlin pada tahun 1945 tetapi mengakhiri harinya di Argentina, sebuah buku baru telah mendakwa.

Wartawan British iaitu Gerrard Williams telah memberitahu Sky News bahawa beliau dan pengarang bersama Simon Dunstan mendapati 'sejumlah besar daripada bukti' untuk mencadangkan Hitler mati sebagai seorang lelaki tua di Amerika Selatan, iaitu di Argentina.

Ramai ahli sejarah mengatakan pemimpin Nazi itu meninggal dunia dalam bunker Berlin beliau pada tahun 1945 - tetapi Williams mendakwa bahawa penyelidikan mereka, melihat pada dokumen terperingkat baru dan ujian forensik, mencabarnya.

"Kami tidak mahu menulis sejarah kembali, tetapi bukti yang kita telah temui tentang Adolf Hitler melarikan diri adalah terlalu hangat untuk diabaikan," katanya.

"Tidak ada bukti forensik untuk beliau, atau kematian Eva Braun, dan cerita-cerita daripada saksi-saksi untuk survival mereka yang berterusan di Argentina adalah menarik."

Grey Wolf: The Escape Of Adolf Hitler mendakwa bahawa Fuhrer itu dan perempuan simpanannya Eva Braun secara diam-diam telah diterbangkan dari Jerman pada bulan April 1945 dan dihantar ke yang dikawal-fasis Argentina.

Adalah dikatakan Hitler hidup di negara itu selama 17 tahun, yang pada mulanya membesarkan dua orang anak perempuan, sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1962.


Grey Wolf mendakwa Hitler tidak membunuh diri di bunker Berlin beliau pada tahun 1945

Buku ini juga menuduh perisikan AS bersubahat dalam penipuan itu sebagai balasan untuk akses kepada teknologi perang Nazi.

"Stalin, Eisenhower dan Hoover dari FBI semuanya tahu tidak ada bukti beliau mati dalam kubu," Williams memberitahu Sky News.

"Adalah sukar untuk memahami mengapa sekian banyak daripada bahan yang telah diterbitkan yang kami persembahkan di dalam buku ini telah diabaikan selama bertahun-tahun."


Gerrard Williams berkata, tengkorak 'Hitler' adalah sebenarnya tengkorak seorang wanita muda

Beliau menambah bahawa penemuan baru buku membuktikan serpihan tengkorak 'Hitler' yang disimpan oleh Russia sebenarnya tengkorak seorang wanita muda.

Williams berkata beliau dan Dunstan menjalankan bidang penyelidikan intensif di Argentina, termasuk temu bual dengan banyak saksi berkenaan kehadiran Hitler di sana.

"Ia hanya baru sekarang Argentina sekali lagi menjadi demokrasi yang berkembang maju dimana cerita-cerita sebenar mula keluar," katanya.

"Walaupun begitu, dua saksi kami menerima ancaman bunuh daripada orang yang tidak dikenali semasa bekerja dengan kami dalam buku ini."

Filem Grey Wolf kini dalam pengeluaran dan dijangka akan dikeluarkan pada bulan Januari.

source: http://unikversiti.blogspot.com/2011/10/hitler-mati-di-argentina-dakwa-buku.html

salam perkenalan buat teman

Salam sejahtera buat teman

Apa khabar semua?diharap anda semua berada didalam keadaan baik dan sejahtera sentiasa hendaknya.
Baiklah,berbalik kepada tujuan asal saya melibatkan diri didalam aktiviti penulisan blog ini adalah,kerana minat saya untuk menjadi seorang penulis sedari saya kecil lagi walaupun saya tahu saya tidak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang penulis.Tetapi,atas minat yang mendalam serta cinta didalam bidang penulisan saya gagahkan juga diri ini utuk menulis didalam blog saya ini.

Selain itu,Saya juga melihat aktiviti penulisan blog ini seakan-akan menjadi satu budaya dikalangan para remaja hari ini dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan ini sebagai TREND remaja pada hari ini.Ini kerana,kita dapat melihat kewujudan blog ini pada hari ini diibaratkan seperti cendawan tubuh selepas hujan apabila saya mengesan begitu banyak blog yang wujud di talian internet.Ternyata ini adalah satu budaya yang baik dan bagus  bagi remaja2 pada hari ini.Ini kerana,setidak2nya remaja pada hari ini tidaklah membuang masa tidak tentu pasal kepada aktiviti2 yang tidak berfaedah.

Kewujudan blog2 ini juga turut menambah rasa keterujaan saya untuk mula menulis didalam ruangan blog disamping berkongsi apa cerita menarik bersama-sama para bloggers lain.

Saya percaya anda semua tentu terfikir mengapa saya memilih www.jalan-penyelesaian.blogspot.com bukan?
Ini kerana,saya mengharapkan blog saya ini mampu memberi manfaat buat teman2 samada yang mengenali saya mahupun tidak.Semahunya di hati saya ini ingin saya kongsi pengalaman yang pernah saya lalui serta beberapa cerita dari pengalaman teman2 saya juga agar dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah.
Selain itu,Didalam blog ini akan saya selitkan juga cerita2,kisah dan juga berita-berita dari sumber2 bacaan yang saya perolehi dari buku ataupun internet.Ini kerana agar teman2 tidak bosan dengan cerita-cerita saya disamping tidak mahu dilihat terlalu STREOTAIP(mcm artis la plak hehehehe...)

Akhir sekali,saya ucapkan selamat membaca dan gembira selalu

ikhlas
Mr PROBLEM(En MASALAH)