Monday, 16 January 2012

bagaimana mahu menguruskan wang dengan betul?


Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan buat para teman yang mengunjungi blog saya.:)
Malam semalam saya telah keluar untuk pergi minum bersama teman-teman saya di sebuah restoran di sekitar ibu kota.Sedang asyik kami berbual tiba-tiba ada seorang teman saya tu bertanya kepada saya tentang bagaimana mahu menguruskan wang dengan betul agar wang yang kita dapat dari hasil gaji tidak disia-siakan begitu sahaja malahan kalau boleh mampu untuk dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin agar mampu membantu dimasa akan datang.

Apabila ditanya tentang perkara ini,pening jugak untuk saya menjawabnya al-maklum la saya ni bukanya seorang pakar motivasi tentang kewangan malahan saya juga tidak pernah mengambil apa-apa kursus tentang kewangan.Akan tetapi disebabkan teman saya itu benar-benar mahu tahu bagaimana saya menguruskan kewangan saya.Maka,terpaksalah jugak saya memberikan sedikit tips-tips kewangan yang saya praktikkan didalam hidup saya sejak dahulu lagi.Mudahan-mudahan dapat membantunya dalam menguruskan kewangan dengan sebaik mungkin.

Dibawah ini saya ingin kongsikan juga tips-tips tersebut bersama para pengunjung blog saya ini.Diharap tips-tips ini akan dapat membantu anda yang memrlukan tips-tips tambahan dalam menguruskan wang

TIPS-TIPS MENGURUSKAN WANG



  1. Setiap kali anda mendapat gaji pastikan anda menyimpan sekitar 20% ataupun lebih dari gaji yang anda dapat setiap bulan
  2. asingkan 1/2 dari jumlah 20% wang anda yang anda simpan didalam satu akaun  lain bagi kegunaan kecemasan(perubatan)
  3. Apabila anda mendapat gaji setiap bulan asing dahulu wang bagi keperluan anda seperti :-Belanja dapur,bil ultiliti,tambang ke tempat kerja ataupun duit minyak dan lain2nya
  4. rancang perbelanjaan bagi aktiviti sosial anda(shoping,berkhelah,jalan-jalan).Ini bertujuan agar anda dapat mengimbangi perbelanjaan bagi aktiviti sosial dengan perbelanjaan keperluan.
  5. Jika 1/2 dari dari 20% wang yang anda simpan tadi disimpan kedalam akaun untuk kecemasan.Cuba anda simpan yang lagi 1/2 tadi kedalam simpanan yang berbentuk pelaburan seperti AMANAH SAHAM BUMIPUTRA(ASB),AMANAH SAHAM NASIONAL(ASN),AMANAH SAHAM MALAYSIA(ASM) ataupun yang sewaktunya denganya.Ini kerana jika anda kekal menyimpan anda  akan mendapat pulangan dividen pada setiap tahun.Dengan ini secara tidak langsung anda wang anda telah bekerja untuk anda untuk menambah wang anda:)
Saya rasa itu sahaja tips ringkas dari saya.Diharap tips ini berguna untuk anda :)
Bye.... :)

No comments:

Post a Comment