Salam sejahtera buat teman
Apa khabar semua?diharap anda semua berada didalam keadaan baik dan sejahtera sentiasa hendaknya.
Baiklah,berbalik kepada tujuan asal saya melibatkan diri didalam aktiviti penulisan blog ini adalah,kerana minat saya untuk menjadi seorang penulis sedari saya kecil lagi walaupun saya tahu saya tidak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang penulis.Tetapi,atas minat yang mendalam serta cinta didalam bidang penulisan saya gagahkan juga diri ini utuk menulis didalam blog saya ini.
Selain itu,Saya juga melihat aktiviti penulisan blog ini seakan-akan menjadi satu budaya dikalangan para remaja hari ini dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan ini sebagai TREND remaja pada hari ini.Ini kerana,kita dapat melihat kewujudan blog ini pada hari ini diibaratkan seperti cendawan tubuh selepas hujan apabila saya mengesan begitu banyak blog yang wujud di talian internet.Ternyata ini adalah satu budaya yang baik dan bagus bagi remaja2 pada hari ini.Ini kerana,setidak2nya remaja pada hari ini tidaklah membuang masa tidak tentu pasal kepada aktiviti2 yang tidak berfaedah.
Kewujudan blog2 ini juga turut menambah rasa keterujaan saya untuk mula menulis didalam ruangan blog disamping berkongsi apa cerita menarik bersama-sama para bloggers lain.
Saya percaya anda semua tentu terfikir mengapa saya memilih www.jalan-penyelesaian.blogspot.com bukan?
Ini kerana,saya mengharapkan blog saya ini mampu memberi manfaat buat teman2 samada yang mengenali saya mahupun tidak.Semahunya di hati saya ini ingin saya kongsi pengalaman yang pernah saya lalui serta beberapa cerita dari pengalaman teman2 saya juga agar dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah.
Selain itu,Didalam blog ini akan saya selitkan juga cerita2,kisah dan juga berita-berita dari sumber2 bacaan yang saya perolehi dari buku ataupun internet.Ini kerana agar teman2 tidak bosan dengan cerita-cerita saya disamping tidak mahu dilihat terlalu STREOTAIP(mcm artis la plak hehehehe...)
Akhir sekali,saya ucapkan selamat membaca dan gembira selalu
ikhlas
Mr PROBLEM(En MASALAH)
No comments:
Post a Comment